Definisi
Struktur Tema
Menurut
pendapat Halliday yang dipetik oleh Mohd Rashid Md Idris (2007:76), struktur tema merupakan antara
struktur yang bercirikan amanat. Kemudian, menurut Sanat Md Nasir, struktur
tema dilihat sebagai sesuatu yang mencirikan klausa sebagai amanat (Mohd Rashid
Md Idris (2004:21). Menurutnya lagi klausa sebagai struktur amanat terdiri
daripada tema dan rema. Tema merujuk kepada kategori formal sebagai unsur pada
kedudukan awal klausa, titik mula klausa sebagai amanat. Manakala rema pula
adalah yang selebihnya, iaitu bahagian yang mengembangkan ataupun menerangkan
tentang rema. Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa struktur tema
mempunyai dua bahagian iaitu tema dan rema. Struktur tema dapat menggambarkan
kenyataan seperti berikut:

Pembahagian Struktur Tema
Struktur
tema (ST) terbahagi kepada dua dan antara dua tersebut ialah tema. Tema (T)
lazimnya berada di hadapan sebagai titik mula amanat perhatian dan klausa.
Selain itu, tema juga merujuk kepada kategori formal sebagai unsur pada
kedudukan awal klausa. Tema boleh terdiri daripada kata nama (KN), kata sendi
nama (KSN) dan kata hubung. Sebagai contoh :
Fatin
pergi ke sekolah.
[Fatin] [pergi ke sekolah]
T KN R
Tema bagi klausa tersebut ialah
kata nama khas “Fatin”.
Rema
pula didefinisikan sebagai bahagian yang mengembangkan tema. Lazimnya, rema
terletak pada bahagian belakang yakni selepas tema. Hal ini dapat dijelaskan
seperti contoh berikut :
Fatin
pergi ke sekolah
[Fatin] [pergi ke sekolah]
T KN R
Rema bagi klausa tersebut ialah
frasa kata kerja “pergi ke sekolah”.
No comments:
Post a Comment