Jenis-jenis Wacana


Wacana terbahagi kepada 3 jenis iaitu berdasarkan media penyampaian, berdasarkan ungkapan dan berdasarkan bentuk.


          Wacana berdasarkan media penyampaian adalah merujuk kepada cara wacana itu disampaikan kepada pendengar dan pembaca. Sekiranya penutur menggunakan saluran tulisan sebagai media untuk menyampaikan wacananya, maka pewancana ini menggunakan media penulisan sebagai salurannya. Manakala sekiranya pewacana ini menggunakan kaedah ucapan maka ini dikelaskan sebagai menggunakan media lisan sebagai media penyampaian. Kaedah penyampaian ialah hak yang perlu ditentukan sendiri oleh pewacana mengikut keselesaan dan kesesuaian maklumat yang ingin disampaikan. Namun begitu, terdapat juga pewacana yang menggunakan kedua-dua kaedah ini pada satu masa yang sama untuk menyampaikan idea pemikiran mereka.



          Berikut ialah jenis wacana berdasarkan ungkapan yang digunakan. Ungkapan yang dimaksudkan ialah jenis ungkapan secara terus atau secara tidak terus. Ungkapan secara terus membawa maksud ungkapan yang ingin disampaikan atau menjelaskan maksud yang sebenar tanpa menggunakan bahasa kiasan dalam penyampaian ungkapan tersebut. Sebagai contoh, "Kita sebagai wanita yang beragama Islam perlu menutup aurat seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan". Penyampaian ini disampaikan secara terus kepada pendengar atau pembaca. Manakala contoh penyampaian yang menggunakan bahasa kiasan ialah "Engkau ini Ali ibarat mencurahkan air ke daun keladi, segala nasihat masuk telinga kanan keluar telinga kiri".



          Seterusnya ialah berdasarkan wacana itu ditulis yang kelazimannya penulisan dibuat berdasarkan pelbagai gaya dan format. Gaya dan format yang dimaksudkan seperti gaya penulisan kreatif dan non kreatif. Penulisan kreatif ialah penyampaian yang pelbagai seperti penyampaian melalui sajak, puisi dan sebagainya manakala penulisan non kreatif pula menyampaikan yang disampaikan melalui surat khabar, berita dan sebagainya. Setiap penyampaian ini terpulang kepada penyampai tersebut. Sekiranya penyampai ingin meluahkan perasaan secara peribadi dan tidak ingin diketahui umum, penyampai boleh menggunakan sajak atau puisi sebagai medium untuk meluahkan perasaan. Manakala jika penyampai ingin menyampaikan maklumat yang perlu diketahui oleh ramai orang, maka penulisan melalui surat khabar, surat, dan berita adalah medium yang sesuai.




No comments:

Post a Comment