Konsep wacana ini pada mulanya telah dicetuskan oleh tokoh barat kita. Menurut Beaugrande ayat tidak termasuk dalam bahasa penggunaan, tetapi ayat seterusnya menjadi entiti utama dalam teori linguistik. Beliau melanjutkan kutipan dengan mengambil pendapat Morgan bahawa mengkaji ayat secara relatifnya lebih mudah sebab sudah ada persetujuan umum tentang definisi strukturalnya berbanding dengan yang melampaui batas, Analisis wacana atau teks dilakukan menurut Beaugrande lagi ada kaitannya dengan percubaan untuk meningkatkan keupayaan kaedah deskriptif structural dalam menganalisis data yang melebihi batas satu ayat. Trask menagatakan wacana dalam buku Sanat Md. Nasir (2002:35) menyatakan wacana adalah siri ujaran linguistik yang bersambungan oleh seorang penutur atau lebih. Definisi ini lebih khusus daripada definisi Chafe yang pertama, iaitu menekankan aspek lisannya. Crystal menyatakan wacana dalam linguistik merujuk kepada jujuran bahasa (biasanya lisan) yang lebih besar daripada ayat. Definisi ini mirip kepada Trask. Definisi wacana yang lebih luas, menurut Crystal adalah merujuk kepada perlakuan. Unit ini menyampaikan status prateori dalam linguistik, iaitu ujaran yang terdiri daripada peristiwa bahasa seperti perbualan, khutbah dan temu duga. Menurut Cook pula wacana sebagai bahasa istilah umum yang bermaksud percakapan atau penulisan yang menyatakan sesuatu yang agak panjang. Oleh itu, wacana mempunyai topik dan sempadan. Dapat disimpulkan pendapat beliau ini iaitu wacana melampaui batas ayat.
No comments:
Post a Comment