Selamat datang ke blog kumpulan kami. Dalam blog ini kami akan memuatkan ilmu wacana bahasa Melayu atau dikenali sebagai "discourse" untuk perkongsian ilmu kita bersama. Dengan adanya pengisian ilmu dalam blog ini, diharap dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan bahasa Melayu kita. Ingat! bahasa Melayu itu indah seindah bangsanya. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan bolehlah meninggalkan sebarang komen dan soalan. Selamat belajar dan membaca pembaca semua!.
Apa itu wacana?
Definisi Wacana
Wacana dikatakan berasal daripada kosa kata jawa, iaitu ‘wocono’.
‘Wocono’ ini pula daripada ‘woco’ yang bermaksud baca. Tambahan pula ada yang
mengatakan wacana daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu ‘discourse’ yang
berasal daripada perkataan bahasa Latin, iaitu ‘discursus’ yang bermakna
‘larian ke dan lari’. Secara konsepnya wacana melibatkan dua aspek yang
penting, iaitu proses dan produk. Proses wacana ini melibatkan kognitif, iaitu
akal fikiran kita semasa menghasilkan sesuatu wacana. Hasil yang diperoleh
melalui proses wacana tadi boleh dilihat dalam bahan yang boleh dibaca dan
didengari. Wacana turut mempunyai struktur yang wujud dalaman dan luaran. Bagi
struktur luaran pula merujuk struktur yang wujud secara grafik atau fonik seperti
struktur tema dan struktur maklumat.
Wacana
melibatkan jaringan ayat yang mempunyai batasan, iaitu awal dan akhir. Di antara
batasan ini akan wujud jaringan ayat melalui susunan yang bermakna melibatkan
ayat awal dan ayat yang mengikutinya. Wacana merupakan kesatuan bahasa yang
lengkap dan berada pada peringkat yang paling tinggi dalam pertuturan dan
penulisan untuk menyampaikan buah fikiran, perasaan dan keperluan-keperluan
lain. Disimpulkan bahawa wacana bukan kesatuan bahasa yang hanya terdiri
daripada kata atau ayat seperti yang diperkatakan sesetengah orang.
No comments:
Post a Comment