Tuesday, 17 May 2016

Konsep Wacana Menurut Tokoh Bahasa Melayu

  • Henry Tarigan (1987)
                      Menurut beliau dalam buku Monograf Bahasa Melayu wacana ditakrifkan sebagai unit atau saluran linguistik yang tertinggi, terlengkap, terbesar dari segi skalanya, supra ayat, tersusun rapi dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan dan bertulis, Jelas beliau melihat wacana itu sebagai saluran linguistik yang berada pada peringkat tertinggi bahasa dan mempunyai talian awal dan akhir. 


  • Harimurti Kridalaksana (1987:507)
                       Wacana sebagai satuan bahasa terlengkap dalam hiraki gramatikal yang tertinggi dan terbesar. Ia direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, siri kalimat, paragraf dan kata yang lengkap. Harimurti telah menggambarkan wacana sebagai kesatuan bahasa yang dapat membentuk karangan yang mengandungi idea atau pemikiran penutur atau penulis. 

  • Asmah Haji Omar (1980:11) 
                         Wacana pula menggambarkan sebagai unit bahasa yang melebihi batas ayat. Dengan itu, wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian bab, buku, siri, dan sebagainya. Hal ini juga memperlihatkan kesatuan dan hubungan antara butir-butir fikiran dan perkembangan akaliah yang yang ada di dalamnya dan dapat disimpulkan , kesatuan pemikiran dalam sesuatu ujaran merupakan perkara sangat dititikberatkan oleh Aminah Haji Omar dalam sesebuah wacana. 

  • Raminah Haji Sabran (1986)
                           Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat dan boleh terdiri daripada ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog siri buku dan sebagainya. Di dalamnya diperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan. 

Konsep Wacana Menurut Tokoh Barat

                 Konsep wacana ini pada mulanya telah dicetuskan oleh tokoh barat kita. Menurut Beaugrande ayat tidak termasuk dalam bahasa penggunaan, tetapi ayat seterusnya menjadi entiti utama dalam teori linguistik. Beliau melanjutkan kutipan dengan mengambil pendapat Morgan bahawa mengkaji ayat secara relatifnya lebih mudah sebab sudah ada persetujuan umum tentang definisi strukturalnya berbanding dengan yang melampaui batas, Analisis wacana atau teks dilakukan menurut Beaugrande lagi ada kaitannya dengan percubaan untuk meningkatkan keupayaan kaedah deskriptif structural dalam menganalisis data yang melebihi batas satu ayat. Trask menagatakan wacana dalam buku Sanat Md. Nasir (2002:35) menyatakan wacana adalah siri ujaran linguistik yang bersambungan oleh seorang penutur atau lebih. Definisi ini lebih khusus daripada definisi Chafe yang pertama, iaitu menekankan aspek lisannya. Crystal menyatakan wacana dalam linguistik merujuk kepada jujuran bahasa (biasanya lisan) yang lebih besar daripada ayat. Definisi ini mirip kepada Trask. Definisi wacana yang lebih luas, menurut Crystal adalah merujuk kepada perlakuan. Unit ini menyampaikan status prateori dalam linguistik, iaitu ujaran yang terdiri daripada peristiwa bahasa seperti perbualan, khutbah dan temu duga. Menurut Cook pula wacana sebagai bahasa istilah umum yang bermaksud percakapan atau penulisan yang menyatakan sesuatu yang agak panjang. Oleh itu, wacana mempunyai topik dan sempadan. Dapat disimpulkan pendapat beliau ini iaitu wacana melampaui batas ayat. 

Thursday, 24 March 2016

Definisi Wacana

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

                               Selamat datang ke blog kumpulan kami. Dalam blog ini kami akan memuatkan ilmu wacana bahasa Melayu atau dikenali sebagai "discourse" untuk perkongsian ilmu kita bersama. Dengan adanya pengisian ilmu dalam blog ini, diharap dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan bahasa Melayu kita. Ingat! bahasa Melayu itu indah seindah bangsanya. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan bolehlah meninggalkan sebarang komen dan soalan. Selamat belajar dan membaca pembaca semua!. 

Apa itu wacana?

Definisi Wacana


                   Wacana dikatakan berasal daripada kosa kata jawa, iaitu ‘wocono’. ‘Wocono’ ini pula daripada ‘woco’ yang bermaksud baca. Tambahan pula ada yang mengatakan wacana daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu ‘discourse’ yang berasal daripada perkataan bahasa Latin, iaitu ‘discursus’ yang bermakna ‘larian ke dan lari’. Secara konsepnya wacana melibatkan dua aspek yang penting, iaitu proses dan produk. Proses wacana ini melibatkan kognitif, iaitu akal fikiran kita semasa menghasilkan sesuatu wacana. Hasil yang diperoleh melalui proses wacana tadi boleh dilihat dalam bahan yang boleh dibaca dan didengari. Wacana turut mempunyai struktur yang wujud dalaman dan luaran. Bagi struktur luaran pula merujuk struktur yang wujud secara grafik atau fonik seperti struktur tema dan struktur maklumat.
              Wacana melibatkan jaringan ayat yang mempunyai batasan, iaitu awal dan akhir. Di antara batasan ini akan wujud jaringan ayat melalui susunan yang bermakna melibatkan ayat awal dan ayat yang mengikutinya. Wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap dan berada pada peringkat yang paling tinggi dalam pertuturan dan penulisan untuk menyampaikan buah fikiran, perasaan dan keperluan-keperluan lain. Disimpulkan bahawa wacana bukan kesatuan bahasa yang hanya terdiri daripada kata atau ayat seperti yang diperkatakan sesetengah orang.